Setahun sejak kehilangan MH370
Jawapan kemalangan yang tidak dapat dijelaskan

Hampir setahun telah berlalu sejak penerbangan Malaysia pesawat MH370, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang secara misteri pada 8hb Mac 2014 dengan 239 penumpang di atas pesawat. Tetapi kebenaran di sebalik kemalangan itu masih belum didedahkan oleh Penerbangan Malaysia (MAS), Kerajaan Malaysia ataupun Boeing. Kesemua pihak berkenanan adalah bertanggungjawab atas kemalangan ini.

 

Pengumunan oleh Kerajaan Malaysia secara tiba-tiba akan kematian kesemua penumpang

(Gambar1) Tempat pandangan Encik McKay dan di mana Encik Akers percaya dia telah menemui bangkai pesawat itu di Laut China Selatan

(Gambar 2) Imej satelit bangkai terapung dipercayai dari penerbangan MH370 yang hilang. (Hakmilik © Here.com – Imagery Digital Globe, Ditemui oleh Tim Akers & Merlindown, 9hb Oct, 2014)

(Gambar 3) Imej satelit dipercayai bangkai serpihan dari penerbangan MH370 yang dihanyut ke pantai Vietnam (Hakmilik © Here.com – Imagery Digital Globe, Ditemui oleh Tim Akers & Merlindown, 9hb Oct, 2014)

Pada 29hb Januari, 2015, kerajaan Malaysia secara tiba-tiba mengumumkan bahawa penerbangan MH370 dipercayai terhempas di selatan Lautan Hindi dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal yang berada di atas pesawat dianggap telah terkorban. Seterusnya, penerbangan Malaysia (MAS) mengisytiharkan bahawa ia bersedia untuk meneruskan segera proses pampasan kepada waris keluarga penumpang. Misi pencarian di Lautan Hindi masih lagi berturusan. (Associated Press, 29hb Januari 2015)

 

Saudara mara penumpang Cina membantah di Malaysia

Dengan perasaan cukup menyakiti dan marah, 21 saudara-mara penumpang Cina dari penerbangan yang hilang membantah di luar pejabat penerbangan Malaysia (MAS) pada 12hb Februari 2015. Mereka juga mengadakan bantahan di hadapan Pejabat Perdana Menteri untuk menuntut pengisytiharan kerugian ditarik balik dan menekan untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib pesawat. Bantahan berterusan pada malam menjelang Tahun Baru Cina. Dalam bantahan itu, saudara-mara penumpang Cina berkata pengisytiharan Malaysia adalah “penuh dengan pencanggahan” dan bahawa ia adalah “penyembunyian untuk menutup kes itu dengan cepat” (Sina.com, 19hb Februari, 2015)
Saudara-mara telah sekian lama cuba untuk mengetahui apa yang berlaku kepada orang kesayangan mereka.

Walaupun Kerajaan Malaysia telah mengumumkan secara rasmi bahawa pesawat terhempas di selatan Lautan Hindi di mana percarian masih lagi berterusan, terdapat banyak pertunjuk yang seolah-olah bercanggah dengan keterangan mereka.

 

Tinjauan bagaimana “objek terbakar di langit” terhempas ke Laut Cina Selatan

Mike McKay, 57, bekerja di pelantar minyak di Laut China Selatan, berkata beliau nampak objek terbakar di langit terhempas ke Laut Cina Selatan pada hari kemalangan. Masa dan lokasi bertepatan dengan masa MH370 hilang perhubungan. (The Daily Mail, 18hb Februari, 2015)

McKay amat yakin bahawa apa yang dilihatnya adalah MH370 dan melaporkan kepada kedua-dua pihak berkuasa Malaysia and Vietnam. Bagaimanapun, beliau telah dipecat oleh majikannya selepas emel beliau menjadi awam dan dibanjiri dengan pertanyaan sehingga menyekat komunikasi syarikat.

Semejak peristiwa itu, beliau telah balik ke New Zealand dan berdiam diri. Selepas hampir setahun, beliau memutuskan untuk menjawab temu janji dengan “The Daily Mail” Beliau berkata “Hampir setahun telah berlepas, namum saya tetap dengan apa yang saya lihat. Kalau itu sememangnya pesawat yang hilang sekian lama, maka pencarian di selatan Lautan Hindi adalah jelas lokasi yang salah.”

 

Marin arkeologi British mendapati serpihan MH370 di Laut China Selatan

Seperti yang dilaporkan dalam ruangan ini tahun lepas, ahli arkeologi marin British, Tim Akers, 56, menganalisa imej satelit dua hari selepas MH370 hilang. Beliau mendakwa telah menemui keping-keping serpihan MH370 di luar pantai Vietnam, lebih daripada 3,000 batu dari mana pihak berkuasa sedang mencari. Beliau berkata adalah lebih munasabah bahawa jet terhempas di Laut China Selatan daripada berfikir bahawa pesawat itu berjaya ke selatan Lautan Hindi.

Jika pesawat itu terhempas kerana penyelenggaraan yang teruk, bukan sahaja syarikat penerbangan tetapi juga tanggungjawab kerajaan akan dipersoalkan. begitu juga dengan pentadbiran Malaysia. Boeing, sebagai pengeluar pesawat, boleh mengambarkan reputasi mereka akan terjejas teruk.

Akers berkata dalam laporannya bahawa, “Setelah melihat laporan pekerja pelantar minyak mengenai hempasan berkenaan dan imej kawasan satelit NASA, kelihatan pelik pihak berkuasa Malaysia telah menolak kawasan itu daripada jangkauan pencarian. Secara logiknya mereka sepatutnya memeriksa dengan pesawat udara pada ketinggian yang rendah dan dengan kapal perang permukaan, tetapi ia kelihatan seperti mereka memilih untuk mengabaikannya. Keadaan sedemikian adalah amat ganjil”. (http://www.dailymail.co.uk/news/article-2617647/)

Pesawat Terhempas ke dalam Laut Cina Selatan Kerana Kerosakan Kapal Terbang
Untuk menyiasat apa yang sebenarnya berlaku, Mahaguru Ryuho Okawa dari Kumpulan Happy Science, menggunakan kuasa spiritual untuk menyeru roh yang terkenal “Nabi yang Tidur,” Edgar Cayce, untuk menjalankan “bacaan clairvoyance” mengenai nasib Penerbangan MH370. Ini dilakukan 5 hari selepas pesawat itu hilang, iaitu pada 13hb Mac 2014.

※’Clairvoyance’: kuasa andai yang melihat dalam akal fikiran sama ada peristiwa-peristiwa masa hadapan atau benda-benda yang wujud atau sedang berlaku jauh dari penglihatan.

 
Menurut bacaan spiritual Cayce, “Sayap kiri utama terputus dari seluruh bahagian tengah dan tergantung ke bawah. Ia kemudian berkecai. Tidak dapat terbang lurus, pesawat itu berputar belit ke bawah dari sebelah kiri yang lebih rendah.

Beliau juga menyatakan, “Terdapat masalah dengan pesawat. Pesawat itu telah mengalami kemalangan sebelum ini. Mereka cuba memperbaikinya secara mendalam, tetapi nampaknya ia tidak mencukupi. Ini tidak kelihatan seperti serangan peluru berpandu atau ancaman keganasan. Ini adalah kemalangan.”

Untuk menentukan di mana pesawat terhempas, beliau menyatakan “Pesawat itu jatuh ke bahagian yang mendalam di Laut China Selatan. Ia tenggelam sekurang-kurangnya seribu meter jadi keadaan ini mungkin sangat sukar untuk menjalankan siasatan.

 

Kerajaan Malaysia Harus Memberi Maklum Balas yang Iklas mengenai Tragedi Ini

Mengikut ramalan roh Cayce, jika pesawat MH370 tenggelam seribu meter, ia mungkin sukar untuk disiasat. Tetapi terdapat banyak keganjilan sekitar jawapan maklum balas, seperti pengumuman mengejut kerajaan Malaysia dan juga pekerja pelantar minyak yang dipecat kerana melaporkan kebenaran apa yang dinampak beliau.

Untuk memastikan bahawa kemalangan itu tidak berulang, pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan secara terperinci dan mengetahui kebenarannya demi insan yang terkorban.

Setahun sejak kehilangan MH370
Copyright © IRH Press Co.Ltd. All Right Reserved.