Marin Arkeologi British, Timothy Akers, menjumpai punca benar hempasan pesawat MH370

Sudah hampir tiga bulan sejak penerbangan Malaysia Airlines MH370 membuat perhubungan terakhir dengan pengawal trafik udara dan hilang semasa terbang di atas laut di luar pantai selatan Vietnam dalam pejalanan ke Beijing.

Satu operasi mencari besar-besaran telah gagal untuk mencari bukan sahaja pesawat yang hilang itu tetapi juga apa-apa kesan daripadanya. Tidak lama selepas penerbangan yang hilang, penggeledahan dijalankan di laut di mana ia mungkin telah terhempas. Walau bagaimanapun, analisis radar mengukuhkan kepercayaan bahawa pesawat itu terhempas ke dalam Lautan Selatan India, yang menyebabkan pihak carian untuk memeriksa kawasan di luar pantai Australia. Namun, mereka tidak dapat mencari pesawat yang hilang.

Akhbar-akhbar British baru-baru ini melaporkan bahawa Tim Akers, seorang ahli arkeologi marin British, mendakwa dia telah menjumpai bangkai dari Penerbangan hilang MH370 dengan menganalisa imej-imej satelit.

Dengan menggunakan teknologi buatan untuk memeriksa imej satelit, beliau telah menghasilkan kerja seperti penemuan sebuah bandar purba yang tenggelam ke dasar laut dan tinggalan Perang Dunia Kedua (WWⅡ) kapal Australia HMAS Sydney.

Warna yang kelihatan sebagai serpihan pesawat dalam imej satelit yang dikeluarkan Akers bersamaan dengan pesawat Malaysia yang dikaitkan.

Seorang wartawan The Liberty menemuramah Timothy Akers, yang tinggal di Utara Yorkshire, Britain.

Setelah menganalisa pelbagai maklumat, Akers menunjukkan bahawa pesawat MH370 meletup kerana penyelenggaraan yang buruk dan bangkai itu masih di lautan dari Vietnam.

Akers berkata, “Ada kecacatan dalam model yang sama pesawat penumpang Boeing, jadi Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (Federation Aviation Administration (FAA) mengeluarkan amaran bahawa penyelenggaraan yang tidak mencukupi boleh mengakibatkan kemalangan yang serius. Walau bagaimanapun, kesusutan prestasi syarikat Malaysia Airlines (dikendalikan oleh kerajaan) mengabaikan amaran ini dan tidak menggantungkan penerbangan. Kerajaan Malaysia berkata bahawa rekod penyelenggaraan pesawat yang hilang telah menjadi debu dalam kebakaran yang mencurigakan, tetapi ia bukannya kebenaran sebenar. Kerajaan boleh mendapat masalah jika rekod telah dibuat awam. Kemalangan itu tidak berlaku secara tidak sengaja, kerana ia adalah satu kemalangan yang menunggu saat untuk berlaku.

 

  • Semasa penerbangan bahagian bawah sisi kiri, di hadapan simpanan kargo, terbuka, yang mengakibatkan penutupan transponder secara automatik dan menutuskan kabel yang membawa bahan api. Terdapat spekulasi bahawa seseorang menutup transponder secara sengaja, tetapi ia amat mustahil kecuali seseorang telah masuk bahagian kargo.
  • Sebahagian depan gear pendaratan di sebelah kiri tiba-tiba terpisah daripada fiuslaj (badan kapal terbang) yang menutuskan kabel paip bahan api dan kabel komunikasi. Bahan api yang menyumbur keluar dari paip bahan api mencetuskan letupan dalam enjin pada sayap utama di sebelah kiri, menyebabkan sayap dituip keluar. Juruterbang hilang kawalan pesawat tersebut, maka pesawat menjunam berpilin-pilin dan terhempas ke Laut China Selatan. Oleh kerana penurunan tekanan udara secara mendadak, semua penumpang mungkin tidak sedarkan diri atau terkorban sebelum penghempasan.
  • Kemudian, apabila lebih banyak bahan api mengalir keluar dari kabel yang terputus ke dalam enjin, seluruh pesawat itu meletup. Lebih daripada 40 nelayan dan pekerja pelantar minyak menyaksikan pesawat yang terbakar menjunam melalui langit ke laut pada masa kemalangan Penerbangan MH370 dan di tempat yang sama.

 
Pada 13hb Mac, 2014, 5 hari selepas kehilangan penerbangan MH370, Mahaguru Okawa dari Happy Science menyeru roh Edgar Cayce dan menjalankan “bacaan clairvoyant.” Media telah membuat kekecohan mengenai kemungkinan serangan pengganas, tetapi bacaan Mahaguru Okawa jelas menerangkan keadaan seperti berikut:

※’Clairvoyance’: kuasa andai yang melihat dalam akal fikiran sama ada peristiwa-peristiwa masa hadapan atau benda-benda yang wujud atau sedang berlaku jauh dari penglihatan.

 

“Sayap kiri utama terputus dari seluruh bahagian tengah dan bergantung ke bawah. Ia kemudian berkecai. Tidak dapat terbang lurus, pesawat itu berputar belit ke bawah dari sebelah kiri yang lebih rendah.”

Aker mengangguk berberapa kali sambil mendengar bacaan & mengulangi, “Bacaan beliau sememangnya begitu tepat. Ianya amat mengkagumkan.”

Berdasarkan maklumat yang dikumpul beliau, Akers telah membuat kesimpulan berikut tentang keadaan apabila kemalangan itu berlaku:

“Walaupun kerajaan Malaysia mengetahui selama ini bahawa penerbangan yang hilang telah terhempas ke dalam Laut China Selatan, ia sengaja mengelirukan pihak carian ke dalam Lautan India dalam usaha untuk menutup kecuaiannya. Lebih 40 nelayan dan pekerja pelantar minyak menyaksikan bakaran api pesawat terhempas ke laut hanya apabila pesawat itu hilang, tetapi kerajaan Malaysia segera menolak laporan penemuan itu.

Rekod penyelenggaraan Penerbangan MH370 sebenarnya masih belum diumumkan walaupun permintaan berulang kali dari ahli-ahli keluarga mangsa. Pandangan Akers mungkin telah berdasarkan maklumat bacaan Mahaguru Okawa yang telah dilihat, tetapi amat menarik untuk mengetahui bahawa terdapat satu amaran mengenai kecacatan yang dikeluarkan sebelum kemalangan itu.

Kerajaan Malaysia sepatutnya mendedahkan maklumat selanjutnya dan mencari di mana Penerbangan MH370 dan punca sebenar kemalangan tersebut dengan secepat mungkin.

Marin Arkeologi British, Timothy Akers, menjumpai punca benar hempasan pesawat MH370
Copyright © IRH Press Co.Ltd. All Right Reserved.