Kebenaran Atas Kehilangan Pesawat Penerbangan Malaysia MH370
Pendedahan Spiritual Oleh Edgar Cayce
Kebenaran Atas Kehilangan Pesawat Penerbangan Malaysia MH370
Pendedahan Spiritual Oleh Edgar Cayce
Dirakam pada 13hb Mac, 2014
Pesawat Penerbangan Malaysia MH370 (Boeing 777-200) yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing, membawa 239 penumpang dan anak kapal telah hilang. Beberapa negara terlibat dalam pencarian pesawat yang hilang, termasuk China, Jepun dan Amerika Syarikat. Laporan amat mengelirukan, kerana tidak ada hubungan yang luar biasa dari Penerbangan MH370 telah dibuat, tiada isyarat kecemasan automatik dibuat. Malah spekulasi keganasan atau serangan peluru berpandu juga telah dicadangkan.
Dalam keadaan ini, Mahaguru Ryuho Okawa dari Kumpulan Happy Science, mengunakan kuasa spiritual yang paling besar yang ada pada umat manusia, menyeru roh terkenal “Nabi yang Tidur” Edgar Cayce untuk menjalankan “bacaan clairvoyance” mengenai nasib penerbangan MH370. Ini dilakukan 5 hari selepas pesawat itu hilang iaitu pada 13hb Mac, 2014.
※’Clairvoyance’: kuasa andai yang melihat dalam akal fikiran sama ada peristiwa-peristiwa masa hadapan atau benda-benda yang wujud atau sedang berlaku jauh dari penglihatan.
※Video rakaman “Kebenearan ke atas Kemalangan Pesawat Malaysia MH370” (“The Truth About the Malaysian Airlines Flight MH370 Accident”) oleh roh Edgar Cayce, yang diseru oleh Mahaguru Okawa, boleh dilihat di pusat-pusat Happy Science diseluruh Negara secara tontonan segera pada 14th Mac, 2014.
Laporan rumit, termasuk spekulasi ancaman keganasan dan kemungkinan serangan peluru berpandu.
Dilaporkan bahawa tumpahan bahan api yang terdapat di permukaan lautan 20 batu nautika di luar pantai Kota Bharu di Negeri Kelantan Malaysia mungkin berkaitan dengan Penerbangan MH370. Walau bagaimanapun, ia kemudiannya mengesahkan bahawa bahan api tidak sepadan dengan yang digunakan oleh penerbangan. Selain itu, pelbagai akhbar dan syarikat televisyen mula mencadangkan kemungkinan keganasan apabila laporan penumpang yang membawa bersama pasport dicuri mula dikesan.
Beberapa negara, seperti Amerika, Jepun dan China, terlibat dalam pencarian menggunakan kapal dan kapal terbang, tetapi masih tidak menjumpai pesawat penerbangan pada 14 Mac, 2014.
Bila kejadian ganjil sebegini berlaku, penyiasat berkuasa sering berdasarkan roh spiritual untuk membantu mendedahkan kebenaran. Ini telah dilakukan dalam sejarah di negara-negara yang berlainan. Dikatakan bahawa, terutama pada era Perang Dingin antara Amerika dan Soviet, medium spiritual telah digunakan oleh CIA atau KGB untuk mencuri rahsia tentera melalui penglihatan spiritual dan persepsi deria tambahan “ESP (Extra Sensory Perception)”.
Presiden Amerika sepanjang sejarah juga sering bergantung kepada medium spiritual astrologi. Franklin Roosevelt menjadikan Cik Jeane Dixon, yang meramalkan pembunuhan Gandhi dan Kennedy sebagai penasihat. Isteri Presiden Reagan, Wanita Pertama Nancy Reagan, juga mempunyai ahli astrologi sebagai penasihat, Cik Joan Quigly, dan berunding dengan dia mengenai pelbagai perkara seperti sidang akhbar presiden, ‘State of Union Addresses’, dan juga penentuan masa pengumuman penebangan dan pendaratan ‘Air Force One’. Adalah diramalkan bahawa Cik Quigly mencipta peluang untuk menamatkan Perang Dingin apabila dia mendakwa Setiausaha Agung Gorbachev bersedia untuk perbincangan.
Mahaguru Ryuho Okawa dari Happy Science, agama universal seluruh dunia, mempunyai pengetahuan khas atau kuasa yang melampaui “enam ilmu khas,” yang dipunyai Buddha Shakyamuni. Dengan kuasa sedemikian sebagai “telinga dewa,” yang boleh mendengar suara roh dari alam spiritual, beliau telah melakukan mesej spiritual dengan lebih daripada 500 orang. Selanjutnya, Mahaguru Okawa boleh mencampurkan “kaki dewa” dan “mata dewa” dan hantar bahagian roh badannya ke “Kawasan 51, sebuah pangkalan tentera di Nevada” untuk menjalankan tontonan terpencil. Beliau akan menyeru roh Edgar Cayce dan menjalankan “bacaan slip masa” yang dapat mendedahkan banyak fakta.
Pada petang 13hb Mac, 2014 (masa negeri Jepun), 5 hari selepas kehilangan pesawat MH370, Mahaguru Okawa meyeru roh Edgar Cayce dan menjalankan “bacaan clairvoyance”
“Sayap kiri utama terputus dari bahagian tengah semasa penerbangan dan terjatuh ke bawah”
Pemunculan roh Cayce mula menggunakan pernujuman dalam keadaan ini apabila berlaku sesuatu yang luar biasa berkenaan penerbangaan MH370.
Beliau berkata, “Sayap kiri utama pesawat penumpang terputus dari bahagian tengah dan tergantung ke bawah. Ia kemudian berkecai. Tidak dapat terbang lurus, pesawat itu berputar belit ke bawah dari sebelah kiri yang lebih rendah. Tidak ada masa untuk mengumumkan apa-apa kepada penummpang, dan ini bukan situasi dimana juruterbang boleh membuat panggilan ke kawalan trafik udara. Juruterbang dalam keadaan cemas dan cuba melakukan sesuatu mengenainya, tetapi telah terlambat apabila disedari bahawa sayap utama telah dituip terbang.”
Pihak media melaporkan penerbangan MH370 “mengambil pusingan U mengarah Selat Melaka” dan terdapat isyarat radar sekitar Selat Melaka.” Sebaliknya, roh Cayce menolak tuntutan ini. Dia sebaliknya mengatakan seperti berikut:
“Kemungkinan, ianya seperti dilaporkan bahawa pesawat kembali ke Selat Melaka, tetapi ia kelihatan seperti mereka menerbang terus ke arah Beijing dan terhempas ke bahagian pendalaman Laut Cina Selatan. Pengairan di sana adalah agak jauh ke dalam. Angaran paling cetek, ianya mungkin tenggelam sekurang-kurangnya 1,000 meter dan dengan demikian mengakibatkan ianya tidah semudah untuk menemui bangkai. Ianya tidak boleh disampai dengan kapal selam. Ianya akan menjadi sangat sukar untuk menjalankan penyiasatan.
“Ini bukan satu Serangan Peluru Berpandu atau Keganasan. Ini adalah suatu Kemalangan ”
Roh Cayce terus mengulas punca penghempasan:
“Terdapat masalah dengan pesawat. Pesawat itu telah mengalami kemalangan sebelum ini. Mereka cuba memperbaikinya secara meluas, tetapi nampaknya ia tidak mencukupi. Ini tidak kelihatan serangan peluru berpandu atau keganasan. Ini adalah kemalangan. “
Kini adalah tanggal ke lima belas, banyak negara telah bekerjasama untuk mencari pesawat MH370, cuba memikirkan cara penerbangannya dan mencari lautan yang kemungkinan ianya terhempas. Kita boleh berdoa dengan harapan kawasan terhempas dapat dijumpai dan mengetahui samada pesawat itu mengalami kerosakan dan mendedahkan apa-apa punca lain. Menurut bacaan roh Cayce, terdapat banyak pengorbanan seperti yang dilaporkan dan kami mendoakan untuk kebahagian kepada insan-insan yang kehilangan nyawa dan kini berada di alam rohani.